[VIDEO] Puteri Sarah Ambil ‘Bodyguard’ Untuk Keselamatan Anak-Anak – “Saya Takut Sekarang Banyak Kes Culik”

[VIDEO] Puteri Sarah Ambil ‘Bodyguard’ Untuk Keselamatan Anak-Anak – “Saya Takut Sekarang Banyak Kes Culik”

Pelakon dan usahawan jelita, Puteri Sarah Liyana memaklumkan dia mengambil pengawal peribadi bagi melindungi keselamatan kedua-dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.

Menerusi sesi siaran langsung tular di platform TikTok, Puteri Sarah memperkenalkan pengawal peribadi anak-anaknya yang dikenali sebagai Mira yang sebelum ini tular berada di samping dan menjaga aktres, Bella Astillah semasa di persidangan kes Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

“Bodyguard viral tu untuk Syaikhul dengan Sumayyah sebenarnya sebab sekarang kan banyak kes penculikan jadi saya takut. Saya tak ada dengan anak-anak saya jadi saya hire Mira untuk jaga mereka.

“Kita tak tahu sekarang ni duduk depan sekolah je orang datang, hilang. Anak-anak mereka tak tahu apa. Itulah yang saya paling takut sekali, jadi bodyguard itu untuk keselamatan,” jelasnya.

@nischafyp

#bodyguard #BellaAstillah #BASS #PSL

♬ original sound – CEOofFYP – CEOofFYP

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji aktres drama rantaian Sekam Di Dada itu seorang ibu yang sangat baik kerana melindungi anak-anaknya.

Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah kini membintangi sebuah drama iaitu Sekam Di Dada bersama Datuk Adi Putra, Amyra Rosli dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama Sekam Di Dada pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 malam di slot Samarinda TV3.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bodyguard Puteri Sarah ‘Jaga’ Bella Astillah Di Mahkamah, Netizen Ucap Terima Kasih – “Sahabat Sejati Yang Sebenar…”

Scroll to Top