“Saya Tak Pernah Tak Kerja” – Nabil Ahmad Menangis Dapat Surat Direhatkan | Oh! Media

“Saya Tak Pernah Tak Kerja” – Nabil Ahmad Menangis Dapat Surat Direhatkan | Oh! Media

Umum sedia maklum, pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad kini berdepan hukuman gantung tugas disebabkan isu kontroversi mempersenda ritual agama lain.

BACA: Nabil, Azad Dan Radin Tetap Direhatkan Pihak ERA FM

Dalam sesi podcast bersama Aidid Marcello, Nabil berkata, dia menerima surat direhatkan itu selepas selesai memberi keterangan di balai polis Bukit Aman.

Mental Nabil terjejas, menangis di masjid

Dalam keadaan terkejut, Nabil menuju ke masjid Bandar Utama dan menangis sepuas hati memikirkan masa depan keluarganya.

Kongsi pelawak ini lagi, waktu itu dia terfikir sama ada kariernya sudah menemui penamat.

Dah habis ke? Eh ini dah dekat hujung ke ni? Dah habis ke? Aku dah kena start jual kopi ke ni? Aku nak jual apa ni? Saya tak pernah tak kerja, kalau cuti pun dua minggu sebab mohon cuti. Tapi ini dalam keadaan kau tengah kerja, saya perlukan kerja tu, anak-anak tengah membesar.

Nabil mengaku mentalnya terjejas memikirkan kerjaya dan nama yang selama ini dibina hancur begitu je.

Kerjaya tak ada backup, Nabil fikir anak-anak

nabil

Menurut Nabil lagi, selama ini dia mengharungi naik dan turun kerjaya seorang diri dan hidupnya umpama musnah apabila membaca surat direhatkan dari tugasan.

Jelasnya, itulah realiti sebenar seorang anak seni di mana tiada jaminan dan boleh berakhir pada bila-bila masa.

#ApaKataOhmedia

Semoga Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad dapat tampil menjadi lebih kuat selepas ini. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.


Scroll to Top