Tindakan ibu kepada penyanyi, Bella Astillah menggendong anak sulungnya, Ayden Adrean dalam hujan untuk ke sekolah meraih perhatian ramai.
Menerusi perkongsian sepotong video pendek di TikTok, kelihatan ibu Bella iaitu Siti Zarina menggendong cucunya itu dalam keadaan hujan lebat sambil memegang payung sedang Ayden berpaut pada bahunya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet berasa sebak dalam masa sama memuji kasih sayang yang ditunjukkan oleh seorang nenek terhadap cucunya.
Bukan itu sahaja, ramai yang memuji kekuatan yang ditunjukkan Bella selama ini terutama dalam berdepan pelbagai ujian adalah disebabkan ibunya.




