Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad serta Nadiyah Shahab, mendedahkan pengalaman mereka ditipu pelanggan ketika berniaga.
Dalam satu hantaran di Threads, Betty atau nama penuhnya Norsha Rahmad Ali melahirkan kekecewaan setelah mendapati dirinya menerima wang palsu daripada seorang pelanggan.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelanggan yang berjaya menipu saya dengan wang palsu ini ketika membeli-belah di booth saya di Absolute Bazaar Mitec baru-baru ini. Semoga Allah menggantikan dengan rezeki yang lebih baik,” katanya.
Tidak hanya Betty, Nadiyah Shahab juga mengalami kejadian serupa dan berkongsi pengalamannya di ruangan komen.
“Saya pun kena!” tulisnya ringkas.

Susulan perkongsian itu, warganet memberikan pelbagai reaksi, termasuk menasihati Betty agar menggunakan mesin pengimbas wang serta mempertimbangkan transaksi tanpa tunai bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang.




