Tolak salah laku hadiah untuk generasi akan datang – Azam Baki

Tolak salah laku hadiah untuk generasi akan datang – Azam Baki

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Kebaikan yang dilakukan hari ini dengan berani menolak segala bentuk salah laku adalah hadiah terbaik untuk generasi akan datang.

Itu nasihat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Azam berkata, selepas sebulan berpuasa kini tiba masanya untuk meraikan Syawal dengan penuh kesyukuran.

“Di kesempatan ini suka saya untuk berkongsi pandangan dan nasihat untuk sama-sama kita hayati di mana hari raya bukan sekadar hari perayaan tetapi juga masa untuk kita merenung dan memperbaiki diri kita.

“Jika Ramadan mengajar kita erti keikhlasan dan ketahanan diri maka Syawal harus menjadi permulaan baharu untuk kita lebih berani menolak segala bentuk salah laku,” katanya dalam ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri, hari ini.

Menurutnya, jangan biarkan kesilapan hari ini menghancurkan masa depan orang tersayang.

“Kebaikan kita hari ini adalah hadiah terbaik untuk generasi akan datang.

“Saya dan seluruh warga SPRM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top