Tahniah! Nina Ismail Sabri Umum Hamil Anak Pertama

Tahniah! Nina Ismail Sabri Umum Hamil Anak Pertama

Anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan dirinya bakal menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan Hafiz Osman pada November tahun lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Nina meluahkan rasa syukur atas anugerah ini dan memohon doa agar kehamilannya berjalan lancar.

“Berehat seketika daripada posting Raya untuk memberi ruang kepada si kecil yang sangat dinantikan kehadirannya tahun ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja melepasi trimester pertama. Mohon doakan untuk si kecil dalam kandungan saya. Abah, kakak, dan mommy sangat teruja untuk bertemu denganmu, sayang, HN,” tulisnya di kapsyen.

Perkongsian tersebut segera dihujani dengan ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti serta para peminat yang turut teruja dengan berita baik ini.

Sebagai info, Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, pada 11 Disember 2013 sebelum berpisah pada Ogos 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Jeanelle Nika Mandagie, yang kini berusia tujuh tahun.

Scroll to Top