sukan@hmetro.com.my
Kuantan: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mahu Sri Pahang FC mahu penamat Liga Super 2024/2025 yang terbaik pada baki tiga perlawanan liga itu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC Datuk Mohammed Suffian Awang, berkata kejayaan mara ke pentas final Piala Malaysia diharap menjadi suntikan semangat buat skuad Tok Gajah.
“Dengan mengambil semangat final Piala Malaysia, kelab mahu melihat semua pemain dapat beraksi pada taha terbaik untuk meraih kemenangan pada tiga baki perlawanan liga.
“Kemenangan yang dicapai turut meningkatkan moral semua pemain termasuk barisan kejurulatihan untuk beraksi pada tahap terbaik pada final Piala Malaysia nanti.
“Kelab mahu melihat Sri Pahang musim 2024/2025 mengakhiri penamat terbaik berbanding kedudukan ke-10 ketika ini sebelum kembali fokus Piala Malaysia,” katanya.
Berdasarkan baki tiga perlawanan itu, skuad kendalian Fandi Ahmad itu akan berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada 8 April.
Selepas itu akan bertemu Perak FC pada 12 April ini, diikuti Penang FC (19 April) sebelum bersedia menghadapi final Piala Malaysia berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) (26 April).
Tiga perlawanan liga itu adalah landasan terbaik Fandi untuk membentuk skuad yang mantap apabila berdepan Harimau Selatan yang juga selaku juara bertahan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




