Lelaki cedera, pokok tumbang hempap kereta

Lelaki cedera, pokok tumbang hempap kereta

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lelaki cedera dalam kejadian pokok tumbang menghempap sebuah kereta di Taman Daya, Kepong di sini, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soerharto berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 5.51 petang sebelum pihaknya digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

Katanya, kejadian membabitkan pokok tumbang yang menghempap sebuah kereta dengan terdapat dua mangsa.

“Dua pasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk tindakan lanjut dan mendapati ada seorang mangsa perlu dibawa ke hospital.

“Anggota juga melakukan kerja pemotongan dan pengalihan pokok berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top