Komplot dengan abang bunuh isteri, tanam dekat timbunan sampah

Komplot dengan abang bunuh isteri, tanam dekat timbunan sampah
Komplot dengan abang bunuh isteri, tanam dekat timbunan sampah

Mangsa ditemukan tinggal rangka. Gambar hiasan.

BIJNOR – Seorang lelaki bersama abangnya ditahan polis baru-baru ini selepas dipercayai membunuh isterinya lebih setahun lalu dan menanam mayat mangsa berdekatan timbunan sampah.

Menurut laporan NDTV, mangsa kemudian ditemukan tinggal rangka.

Pegawai Siasatan Kawasan (CO), Bharat Sonkar, mengesahkan bahawa rangka tulang yang ditemukan itu adalah milik Asifa, 28, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Sonkar turut memaklumkan bahawa Asifa telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Kamil dan tidak dapat dihubungi keluarganya selama hampir dua tahun.

Polis ketika menjalankan siasatan kes pembunuhan melibatkan seorang isteri. -Agensi

Polis ketika menjalankan siasatan kes pembunuhan melibatkan seorang isteri. -Agensi

Selepas menyedari kehilangan Asifa menimbulkan banyak persoalan, ibunya membuat laporan orang hilang di Balai Polis Chandpur hinggalah membawa kepada penahanan suspek bersama abangnya.

Polis kemudiannya menahan Kamil dan abangnya, Adil, untuk disoal siasat.

Hasil siasatan mendapati Kamil cemburu dan mencurigai isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

“Pada 23 November 2023, Kamil, dengan bantuan abangnya dan seorang ibu saudara bernama Chandni telah mencekik Asifa sehingga mati sebelum menanam mayatnya di kawasan berhampiran rumah mereka,” kata Bharat Sonkar pada Sabtu.

Polis akhirnya menemui rangka manusia tertanam di kawasan tanah berdekatan longgokan sampah hasil maklumat yang diberikan oleh suspek.

Kamil dan Adil kini telah ditahan reman manakala pihak berkuasa sedang memburu ibu saudara mereka, Chandni yang dipercayai melarikan diri.

Mayat telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi pengesahan lanjut. -Agensi

Scroll to Top