Mengaku Jahil, Ira Kazar Tak Kisah Terima Komen Negatif Netizen – “Sibuk Je! Dulu Orang Tahu Saya Macam Mana”

Mengaku Jahil, Ira Kazar Tak Kisah Terima Komen Negatif Netizen – “Sibuk Je! Dulu Orang Tahu Saya Macam Mana”

Bekas isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar tidak mengambil pusing terhadap komen negatif yang ditinggalkan netizen terhadapnya.

Katanya menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, dia kini sudah tidak kisah dengan isu kontroversi melibatkan dirinya sehingga ada yang melabelnya sebagai penyondol.

Malah, dia juga sedia maklum tentang kehidupannya terdahulu yang disifatkan sebagai jahil.

“Sibuk je, ramai lah dulu orang tahu saya ni macam mana. Tak payah bagitahu dekat orang lain. Memang dulu jahil pun. Sekarang pun jahil juga.

“Kita sibuk nak cakap pasal make up, kau orang sibuk cakap pasal benda lain.

“Tapi, jangan risau, saya tak terganggu pun. Saya terhibur sebab awak masih kisah pasal hal saya sedangkan saya sudah tak kisah pasal benda tu,” katanya.

 

Terdahulu, anak kepada pelakon veteran, Kazai Saisi ini mengejutkan ramai pihak apabila terpalit dengan isu kontroversi melibatkan rumah tangga pasangan pelakon, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.

Malah, spekulasi mengenai hubungan dan punca keretakan rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul dikuatkan lagi apabila berita mengenai perkahwinan pasangan itu yang diadakan pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand tular.

Bagaimanapun,  rumah tangga yang dibina tidak bertahan lama selepas pengarah filem blockbuster, Munafik itu mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos tahun lalu atas sebab tiada persefahaman.

Scroll to Top