Rakan Jadi Saksi Shuk Sahar Berhempas Pulas Cari Rezeki Sampai Lewat Malam 

Rakan Jadi Saksi Shuk Sahar Berhempas Pulas Cari Rezeki Sampai Lewat Malam 

Kemelut rumah tangga pelawak, Shuk Sahar mencuri tumpuan ramai di media sosial selepas didakwa telah melafazkan cerai dengan talak satu terhadap isterinya, Fara Salleh.

Susulan itu, menerusi perkongsian di Instagram (IG), anggota podcast Lepak Bapak iaitu Feroz dan Li tampil mempertahankan selebriti itu setelah pelbagai tohmahan dan kritikan dilemparkan terhadapnya.

Rakan-rakan Shuk yang digelar olehnya sebagai keluarga Singapura itu mendedahkan mereka menjadi saksi dalam melihat usaha pelawak itu bertungkus lumus mencari rezeki hingga ke lewat malam.

“Ia bermula sebelum Ramadan, kami ramai-ramai ke Kuala Lumpur jumpa Shuk di sana kemudian isu antara dia dan isteri berlaku. Motif kami ke Kuala Lumpur untuk mencari pembekal bagi perniagaan kami di bazar. Shuk pula ada beberapa bisnes yang dia jalankan.

“Apa yang kami nampak, walaupun dia artis tetapi dia uruskan perniagaan. Dekat bazar sampai pukul 2 3 pagi jual minyak wangi untuk cari rezeki. Di luar bulan Ramadan pula, dia sanggup kerja lebih masa nak simpan duit untuk trip ke umrah, Eropah dan untuk pembedahan Fara,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, Shuk atau nama lengkapnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar meluahkan rasa terharu apabila ada sahabat yang sentiasa bersamanya dalam susah dan senang, selain turut memohon maaf atas kepada mereka kerana terpalit kontroversi terbabit.

“Terima kasih lepak bapak bukan sebab korang ‘back up’ aku ke apa, tapi sebab buat aku rasa ada keluarga dan tempat aku tumpang rasa keluarga di Singapura.

“Maaf kalau aku banyak buat korang terpalit sedikit cerita yang tak baik. Semoga Allah balas kebaikan korang dengan kebaikan,” tulisnya berserta emoji menangis.

Sebelum ini, Fara memuat naik sebuah video memaparkan panggilan telefon di WhatsApp menunjukkan Shuk telah melafazkan cerai menerusi agensi perkahwinan di Thailand.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fara Salleh Dedah Bukti Shuk Sahar Lafaz Cerai Menerusi Panggilan Telefon Di Thailand – “Dasar Pengecut! Takut Aku Tuntut Nafkah Ke?”

Scroll to Top