Pakar Perubatan Perunding Forensik, Dr Royahu Shahar Adnan memaklumkan punca kematian kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin disahkan meninggal dunia akibat dijerut kuat di leher.
Saksi pendakwaan ke-37 iaitu Dr Royahu, 54, memberi keterangan hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat kanak-kanak itu diperoleh pada 7 Disember lalu itu di hari ke-15 prosiding perbicaraan pertuduhan pengabaian dihadapi oleh ibu bapa mangsa, iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30.
“Kesan jerutan ini boleh terhasil daripada sebarang objek dibentuk contohnya tali, lanyard atau kain dipintal, malah kedudukan jerutan adalah sama iaitu enam sm di bawah telinga kanan dan kiri maka kesan ini adalah horizontal (melintang).
“Jerutan di leher yang melebamkan otot leher dan kelenjar tiroid menunjukkan ianya cukup kuat sehingga menyekat kemasukan oksigen untuk ke paru-paru dan otak yang melemaskan arwah mengakibatkan kematian,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Sementara itu, menerusi laporan Sinar Harian, saksi turut memaklumkan menemui benda asing di rongga pernafasan dan dalaman perut mangsa, selain lelangit Zayn Rayyan dalam keadaan lebam.
Bukan itu sahaja, bahagian dubur Zayn Rayyan juga difahamkan terdapat kesan luka-luka koyak dan lelasan akibat kemasukan objek tumpul, namun begitu, kedua-dua perkara tersebut tidak mematikan mangsa sebaliknya disifatkan sebagai penderaan fizikal.
“Ada kesan trauma tumpul seperti lebam di mata, dahi, bibir, belakang kepala, rahang, tengkuk, belakang bahu kanan, antara dua belikat, belakang badan, dada, abdomen, sisi kanan badan, lengan kanan serta kiri.
“Ada juga luka potongan, tikaman dan hirisan di telinga kiri sehingga belakang kepala sebelah kiri,” katanya.
Artikel Berkaitan: “Rasa Nak B*nuh Orang Saja, Lantaklah Hidup Ke M*ti” – Polis & Saksi Dedah Mesej Pada Hari Zayn Rayyan Hilang
Sumber: Harian Metro, Sinar Harian




