PMX dah sahkan. Dalam perkembangan yang cukup melegakan, Malaysia diumumkan sebagai antara 75 negara yang diberi penangguhan selama 90 hari daripada pelaksanaan tarif timbal balik oleh Amerika Syarikat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan itu dan menyifatkannya sebagai satu kelegaan buat negara ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi global.
Malaysia terlibat dalam penangguhan, oleh itu melegakan sebentar.- Kata PMX.
Penangguhan ini dilihat sebagai langkah diplomatik hasil perbincangan antarabangsa yang disifatkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai satu bentuk muhibah.

Dalam kenyataan di platform Truth Social, Trump berkata langkah itu diambil selepas permintaan beberapa negara untuk mengadakan rundingan berhubung tarif, halangan perdagangan, manipulasi mata wang serta isu perdagangan lain.
Sebanyak lebih 75 negara diberi kelonggaran ini daripada pelaksanaan kadar tarif melebihi 10 peratus, yang dijadualkan bermula tidak lama lagi. Ada antaranya bahkan bakal berdepan kadar lebih tinggi jika tiada rundingan lanjut dilakukan.
Trump turut memuji tindakan negara-negara yang terlibat kerana tidak bertindak balas terhadap dasar tarif baharu Amerika.
Susulan pengumuman itu, pasaran saham Amerika menunjukkan lonjakan besar dengan Nasdaq naik lebih 12 peratus dan Dow Jones melonjak 7.8 peratus selepas kejatuhan ketara minggu sebelumnya. Ini memberi isyarat bahawa keputusan Trump memberi kelegaan kepada pelabur global.
#ApaKataOhmedia
Isu ekonomi global sentiasa berubah dengan pantas dan keputusan yang dibuat oleh negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat pasti memberi impak besar kepada ekonomi negara kita.
Malaysia perlu terus memanfaatkan tempoh penangguhan ini untuk memperkukuhkan rundingan serta mencari penyelesaian jangka panjang demi menjaga kestabilan dagangan dan ekonomi dalam negara.
Kredit: Utusan Malaysia
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.