Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda lima negeri utama sehingga jam 4 petang hari ini.
Menurut laporan Kosmo, antara kawasan yang terlibat adalah seperti senarai dibawah.
- Perak: Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim
- Terengganu: Dungun, Kemaman
- Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Kuantan
- Selangor: Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat
- Negeri Sembilan: Jelebu, Kuala Pilah
Hujan lebat lebih 20mm sejam, bahaya kalau tak bersedia!

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan hujan lebat melebihi 20mm sejam yang berkemungkinan berlarutan lebih sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam.
Jangan ambil ringan! MetMalaysia minta utamakan keselamatan

Orang ramai diingatkan agar berjaga-jaga ketika berada di luar rumah terutama jika terlihat awan gelap, kilat atau petir. Elakkan daripada berada di kawasan terbuka atau bawah pokok semasa ribut melanda.