Melaka anjur bacaan Yasin untuk Allahyarham Pak Lah

Melaka anjur bacaan Yasin untuk Allahyarham Pak Lah

am@hmetro.com.my

Melaka: Kerajaan negeri menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia semalam.

Bacaan Yasin diketuai Mufti Negeri, Datuk Abdul Halim Tawil itu diadakan di Masjid Al-Aminin, Klebang, serentak dengan penganjuran majlis kesyukuran sempena ulang tahun ke-22 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) hari ini.

Majlis dihadiri Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Datuk Bandar, Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Shadan Othman dan Setiausaha MBMB, Mohd Firdaus Shariff serta lebih 500 jemaah.

Jenazah Perdana Menteri kelima itu selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara jam 2.30 petang dengan upacara pengebumian dilaksanakan mengikut Istiadat Pengebumian Negara.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai Pak Lah meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpurss jam 7.10 malam, semalam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top