Pelakon terkenal, Abby Abadi meluahkan kekecewaan mendalam terhadap isu keluarga yang masih belum selesai walaupun telah berbelas tahun bercerai dengan Norman Hakim.
Dalam satu perkongsian di Threads, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mengakui dia cuba untuk tidak membangkitkan isu ini kerana tidak mahu dianggap membuka aib.
Berbelas tahun sudah, ingatkan bila berbaik, hal anak-anak akan jadi lebih baik tetapi sebagai ibu kepada anak-anak yang ada ini, saya menyesal tentang banyak perkara.
Terlalu berlembut dulu, sekarang rasa menyesal

Menurut Abby, dia banyak mengalah dan terlalu berlembut dalam rumah tangga dahulu, yang kini menyebabkan kesan jangka panjang yang menyedihkan.
Terlalu banyak kesilapan yang saya buat, antaranya terlalu berlembut dan mengalah dalam semua hal. Relaks dan tenang sangat, rupanya untuk jangka masa panjang keadaan jadi di luar jangkaan.
Komen netizen

Perkongsian Abby mendapat perhatian ramai, terutama peminat yang bersimpati dan memberikan kata-kata semangat kepada pelakon ini agar terus kuat demi anak-anak.