Liga Super: KL City sasar tiga mata hadiah buat penyokong setia

Liga Super: KL City sasar tiga mata hadiah buat penyokong setia

PENGENDALI Kuala Lumpur City FC, Miroslav Kuljanac, menetapkan sasaran jelas menjelang perlawanan terakhir Liga Super musim ini menentang pasukan tercorot, Kelantan Darul Naim FC, yang akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini – iaitu untuk meraih tiga mata penuh sebagai hadiah istimewa kepada para penyokong setia pasukan.

Menurut jurulatih kelahiran Croatia itu, kemenangan ke atas pasukan dari Pantai Timur tersebut bukan sahaja penting bagi memperbaiki kedudukan dalam liga, malah sebagai tanda penghargaan kepada para penyokong yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan sepanjang musim ini.

β€œSaya mengharapkan kemenangan dalam perlawanan esok (Ahad) agar kami dapat meraikannya bersama penyokong setia Kuala Lumpur City.

β€œIa pastinya menjadi hadiah terbaik buat mereka dan semua yang sentiasa bersama kami dalam suka dan duka sepanjang musim ini. Ia juga penutup sempurna buat kempen panjang kami,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Setakat ini, Kuala Lumpur City berada di pertengahan carta liga dengan 28 mata hasil 10 kemenangan, empat seri dan sembilan kekalahan daripada 23 perlawanan.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Kuljanac itu bakal turun ke padang dengan misi bangkit selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut kepada Perak FC dan Penang FC.

LIGA SUPER

AHAD (20 APRIL)

Sabah FC lwn Perak FC

(Stdm Likas, 9 malam)

Negeri Sembilan FC lwn Kuching City FC

(Stdm Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 9 malam)

Terengganu FC lwn Kedah Darul Aman FC

(Stdm Sultan Mizan Zainal Abidin, 9 malam)

Kuala Lumpur City FC lwn Kelantan Darul Naim FC

(Stdm Bolasepak Kuala Lumpur, 9 malam)

Scroll to Top