“Kita Dengan Sesiapa Pun Boleh Bergaduh” – Salah Faham Tamat, Aaron Aziz & Sharnaaz Ahmad Berdamai 

“Kita Dengan Sesiapa Pun Boleh Bergaduh” – Salah Faham Tamat, Aaron Aziz & Sharnaaz Ahmad Berdamai 

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz dan Sharnaaz Ahmad mencuri perhatian selepas kedua-duanya tampil dalam sesi siaran langsung di TikTok.

Menerusi perkongsian video tular, Aaron dan Sharnaaz menjelaskan isu ludah seperti yang tular sebelum ini telahpun diselesaikan dengan cara baik.

“Jadi, thank you pada abang juga sebab abang matured untuk selesaikan perkara ini.

“Biasalah, bila kita duduk, kita sembang ada yang salah daripada saya, saya minta maaf,” katanya.

Dalam pada itu, Aaron berkata, tujuan mereka mengadakan sesi Live bersama adalah untuk menjelaskan segala salah faham yang timbul antara mereka sebelum ini.

Sekaligus, menegaskan daripada saling berbalas kenyataan di media sosial, dia dan Sharnaaz mengambil keputusan untuk ‘move on’ da menyelesaikan isu tersebut secara matang.

“Kita live harini sebab kita nak clear the air. Kita pun sekarang dah tahun 2025 kawan-kawan lama pun semua dah keluar masuk, keluar masuk pun.

“Jadi no point, tak payahlah…Gaduh, kena tangkap, duduk lepastu yang sengsara keluarga buat apa kan? Kita dengan sesiapa pun boleh bergaduh.

“Kalah menang pun kena. So, what’s the point? Lebih baik kita berdamai. kita buat duit, buat bisnes. Masing-masing dah minta maaf, mengaku silap cukuplah kita move on. Kita masih hari raya guys.

“Jadi saya harap, mana-mana pihak anda semua kena lah jadi matang dalam situasi ni,

“Sebelum ini, memanglah ada sesetengah isu yang kita tegang tapi kita tegang disebabkan orang lain punya kata-kata,” tegasnya.

Sebelum ini, Aaron meluahkan rasa berang terhadap kenyataan seorang individu didakwa Sharnaaz Ahmad yang dipercayai mahu meludahnya secara virtual ketika sesi Live di TikTok.

Tindakan tersebut membuatkan Aaron meminta individu terbabit tampil bersemuka dan tidak berselindung dengannya menerusi satu kenyatana di Instagram.

Bagaimanapun, video berkenaan telahpun dipadam Aaron selepas beberapa jam dimuat naik.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Perlu Lepas Sebut Nama Nak Ludah!” – Aaron Aziz Luah Rasa Berang Pada Siapa Tu?

ARTIKEL BERKAITAN:Tanggung Kos Tiket 40 Jemaah Umrah Bernilai RM90,000, Aaron Aziz Nafi Ditipu -“Mereka Terdiri Daripada Golongan Berusia”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Akan Terus Belajar Dari Dugaan Ini” – Lantikan Aaron Aziz Sebagai Pengarah Pemasaran Agensi Umrah Ditamatkan

Scroll to Top