sukan@hmetro.com.my
Seremban: Skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC dijangka akan melakukan perubahan dengan mengekalkan 60 peratus pemain pasukan itu musim ini bagi mengharungi cabaran saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025-2026.
Ketua penolong jurulatih PDRM FC, Eddy Gapil berkata, ia hanya berdasarkan perbincangan awal beliau dengan pihak pengurusan kelab terbabit.
“Berdasarkan perbincangan awal yang diadakan kemungkinan sekitar 60 peratus pemain musim ini berpeluang untuk dikekalkan bagi musim hadapan.
“Bagaimanapun, keputusan muktamad belum dibuat kerana kontrak pemain hanya akan tamat akhir bulan ini, jadi selepas itu mungkin perancangan baharu akan bermula.
“Saya yakin dan percaya PDRM FC akan tampil dengan prestasi yang lebih baik musim hadapan,” kata Eddy.
Dalam pada itu, Eddy yang mengambil alih tugas berkenaan daripada ketua jurulatih, P Maniam pada 21 Februari lalu, berpuas hati dengan pencapaian pasukan itu musim ini, walaupun sasaran menduduki tempat keenam Liga Super tidak kesampaian.
Beliau memuji komitmen tinggi diberikan anak buahnya yang terus bekerja keras untuk memastikan pasukan dapat kekal bersaing dalam liga.
“Secara peribadi, saya puas hati dengan pencapaian tempat kesembilan Liga Super walaupun sasaran sebenarnya kita adalah tempat keenam.
“Kita gagal mempertahankan rentak pada penghujung saingan yang memberi ruang buat pasukan Sri Pahang FC memintas.
© New Straits Times Press (M) Bhd




