najiy.jefri@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon terkenal, Datin Sofea Jane, 53, berpendapat kecantikan sebenar bermula dari dalam diri, termasuk bagaimana seseorang memancarkan aura positif mereka.
Menurut Sofea, amalan pemakanan sihat dan gaya hidup yang baik juga menjadi faktor utama dalam menjaga kesihatan, sekali gus menyerlahkan keanggunan.
“Pada saya kecantikan sebenar adalah sesuatu yang kita buat untuk diri sendiri seperti mempunyai keyakinan.
“Keyakinan tidak semestinya datang dari luar, tapi daripada dalaman. Ia bergantung kepada pemakanan dan gaya hidup.
“Ini termasuk keperibadian sebagai seorang manusia serta bagaimana anda melihat dunia. Itulah yang saya terapkan selama ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan Toujours Advanced di Guardian, The Exchange, TRX, hari ini.
Pada majlis itu, Sofea diumum sebagai duta suplemen, Toujours Advanced White Tomato Drink yang diusahakan pasangan selebriti terkenal, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.
Berkongsi mengenai pemilihannya sebagai duta produk berkenaan, Sofea berkata ini adalah kali pertama dia bersetuju untuk menjalinkan kerjasama selepas lebih 30 tahun bergelar anak seni.
Menurut Sofea, selepas meneliti kandungan produk dan menggunakannya secara konsisten selama tiga bulan, dia akhirnya menerima tawaran itu.
“Ini kali pertama saya menerima tawaran sebegini sepanjang karier. Produk baharu ini menggunakan bahan ‘plant based’ (berasaskan tumbuhan).
“Saya adalah seseorang yang menggunakan produk berasaskan umbuhan dalammpoh yang lama.
“Kebanyakan diet saya masih dengan sayur-sayuran dan buah-buahan, jadi saya tertarik dengan produk baharu yang mereka hasilkan ini,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




