Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan berita gembira buat semua pendeposit apabila dividen Simpan SSPN 2024 mencecah 4.05%, kadar tertinggi sejak 10 tahun lalu!
Menurut laporan Harian Metro, agihan keuntungan ini membabitkan jumlah RM439.87 juta, meningkat berbanding RM357.65 juta pada tahun sebelumnya. Ia bakal memberi manfaat kepada lebih 6.77 juta akaun pendeposit.
Kecekapan urus dana bukti komitmen PTPTN

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kadar dividen yang meningkat ini adalah hasil daripada pengurusan dana yang cekap dan berhemah oleh pihak PTPTN.
Pemberian dividen pada kadar 4.05% adalah lebih tinggi berbanding agihan sebanyak 3.60% bagi 2023.
Beliau turut menegaskan bahawa prestasi ini menunjukkan komitmen berterusan PTPTN untuk memastikan pulangan terbaik kepada pendeposit melalui Simpan SSPN.
Simpan SSPN makin berbaloi!
Untuk rekod, Simpan SSPN mula diperkenalkan sejak 2004 sebagai galakan kepada ibu bapa menyimpan demi pendidikan anak-anak. Dengan dividen setinggi ini, jelas ia menjadi satu pilihan simpanan yang selamat, menguntungkan dan bebas cukai.
Kalau belum buka akaun Simpan SSPN, ini masa terbaik! Simpan sambil jana keuntungan untuk masa depan anak-anak. Bijak simpan, bijak merancang!
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.