Adira Nafi Pernah Dicakar, Diterajang Bekas Madu

Adira Nafi Pernah Dicakar, Diterajang Bekas Madu

Penyanyi Adira Suhaimi berkata dia tidak tahu menahu berkenaan hantaran bekas madunya, Sharifah Norshafila Hashim yang mengatakan pernah bercakaran dengan seorang wanita satu masa dahulu.

Memetik Oh Bulan, Adira berkata apa yang pasti individu tersebut bukan dirinya dan meminta untuk bertanyakan kepada bekas madunya jika mahu dapatkan jawapan.

BACA: Datuk Red Nak Lunas Hutang RM7 Juta Sebelum Nikah Adira Semula

“Saya tidak ambil tahu pun tentang posting dibuat olehnya. Tapi yang pasti orang dia pernah bercakaran itu bukan dengan saya.

“Kalau nak tahu jawapan mungkin boleh tanya pada tuan badan sendiri. Saya tak rasa (dia sindir saya), memang bukan saya,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai hubungan dengan bekas madunya itu Adira berkata dia terbuka berbaik dengan sesiapa.

“Saya terbuka untuk sesiapa sahaja yang nak ada hubungan baik dengan saya, saya akan layan sehabis baik, insya-Allah,” katanya.

Sebelum ini, Norshafila membuat pendedahan pernah mencakar dan terajang seorang wanita suatu ketika dahulu dirumahnya namun tidak didedahkan individu berkenaan.

“Zaman dah berlalu, masa usia muda lagi. Saya ada darah pahlawan. Tak habis dari situ, bukan setakat cakar saja, aku terajang sampai terpelanting,” tulisnya.

SUMBER: Oh Bulan


Scroll to Top