Wajah Shila Amzah Dipamer Di World Expo Osaka Japan 2025, Peminat Luah Rasa Bangga

Wajah Shila Amzah Dipamer Di World Expo Osaka Japan 2025, Peminat Luah Rasa Bangga

Penyanyi popular, Shila Amzah sekali lagi mencuri perhatian selepas wajahnya terpampang di World Expo Osaka Japan 2025.

Menerusi perkongsian di platform X, peminat meluahkan rasa bangga apabila melihat artis Malaysia itu dipilih untuk menjadi tatapan di expo berkenaan.

Melihat kepada paparan potret berkenaan, ia menyoroti perjalanan dan pencapaian luar biasa Nurshahila Amir Hamzah dalam dunia muzik.

Antaranya, Shila telah membuktikan dirinya sebagai seorang artis yang berjaya apabila berjaya menonjolkan bakatnya dalam pelbagai pertandingan dan anugerah antarabangsa. Sebagai contoh, dia menjadi juara dalam pertandingan ‘Asian Waze’ musim pertama dan meraih tempat ketiga dalam ‘I Am A Singer’.

Pencapaian tersebut menambah kepada profil prestasinya termasuk dominasi dalam beberapa kategori di ‘World Music Awards’ seperti ‘Best Female Artist’, ‘Best Entertainer of the Year’, ‘Best Song’, dan ‘Best Video’.

Scroll to Top