“Saya Pun Sedang Berjuang” – Amira Othman Terharu Jadi Asbab Wanita Berubah Ke Arah Lebih Baik

“Saya Pun Sedang Berjuang” – Amira Othman Terharu Jadi Asbab Wanita Berubah Ke Arah Lebih Baik

Penyanyi terkenal, Amira Othman meluahkan rasa syukur apabila usahanya untuk menjadi seorang Muslimah yang lebih baik secara tidak langsung memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut berubah.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 31, memuat naik gambar dirinya mengenakan baju kurung biru, lengkap dengan penampilan yang sopan dan anggun.

Namun yang lebih mencuri perhatian bukan sekadar penampilannya, tetapi kisah menyentuh hati yang dikongsi seorang netizen di ruangan komen.

“Sebab awak, bakal isteri saya berubah. Dari tak pakai handsock dan stokin, terus pakai. Dia idolakan awak. Doakan dia terus istiqamah,” tulis individu tersebut.

Membalas komen itu, Amira kelihatan sebak dan terharu, menyatakan dirinya juga masih dalam proses memperbaiki diri, sama seperti wanita lain yang sedang berusaha ke arah kebaikan.

“Masya-Allah. Saya pun sedang berjuang juga ni. Mohon doakan saya. Sampaikan salam buat bakal orang rumah ya,” balasnya ringkas.

Amira turut menegaskan dia kini lebih peka dalam menjaga aurat dan penampilan, seiring dengan usaha memperbaiki diri secara dalaman dan luaran.

Dalam masa sama, pelantun lagu Hati-Hati itu juga sedang belajar memperbaiki bacaan al-Quran, sesuatu yang pernah dikongsikannya sebelum ini selepas menerima pujian daripada para peminat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bakal Suami Dipuji Untung Dapat Isteri Boleh Ajar Anak Mengaji, Amira Othman Merendah Diri – “Saya Masih Menuntut Ilmu”

Scroll to Top