Kementerian Pendidikan (KPM) tarik semula arahan yang dikeluarkan sebelum ini berhubung keperluan guru mencetak Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Secara Dalam Talian (e-RPH) setiap minggu.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata keputusan itu dibuat selepas mendengar pendapat dan luahan guru berkaitan perkara tersebut.
Tarik semula arahan

“Setelah membuat pertimbangan, saya dapati tiada keperluan untuk berbuat demikian dan telah mengarahkan supaya arahan untuk mencetak e-RPH seperti dalam soalan lazim berkenaan DITARIK SEMULA serta-merta.
“Guru mesti bersedia untuk mengemukakan RPH sekiranya diperlukan,” ujarnya dalam sebuah hantaran di Facebook KPM, hari ini.
Artikel lain: KPM mohon maaf, tersilap Jalur Gemilang dalam laporan SPM
Tarik semula arahan

Dalam pada itu, beliau memberitahu KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik amalan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pada waktu sama memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.
Sumber: Facebook @Kementerian Pendidikan Malaysia




