Bekas Isteri Datuk Red Bongkar Kes Cakar Wanita Berlaku Pada Tahun 2009

Bekas Isteri Datuk Red Bongkar Kes Cakar Wanita Berlaku Pada Tahun 2009

Bekas isteri usahawan dan pempengaruh sensasi, Datuk Red iaitu Sharifah Norshafila Hashim sekali lagi mencuri tumpuan yang kembali menceritakan mengenai insiden dirinya mencakar dan menerajang seorang wanita.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Sharifah berkata kejadian tersebut berlaku pada tahun 2009 ketika dia berusia 23 tahun.

Jelas Sharifah, dia hanya berkongsi pengalaman tanpa memetik nama mana-mana pihak kerana kes tersebut telah lama berlalu.

Sebelum ini, Sharifah yang juga bekas madu kepada penyanyi, Adira Suhaimi ini menceritakan kejadian tersebut berlaku ketika wanita itu berada dalam kediamannya.

Dalam pada itu, Adira ketika ditemui media baru-baru ini menjelaskan dia tidak terlibat dalam mana-mana pergaduhan dengan bekas madunya itu.

Malah, difahamkan hubungan mereka masih baik sebagai kawan.

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Datuk Red Akui Pernah Cakar Seorang Wanita Ketika Di Dalam Rumah – “Aku Terajang Sampai Terpelanting”

Artikel Berkaitan: “Kami Masih Berkawan” – Nafi Dicakar & Diterajang, Adira Suhaimi Perjelas Tiada Masalah Dengan Bekas Isteri Datuk Red 

Scroll to Top