Guna AI Bayang Diri Hamil, Sweet Qismina Luah Hasrat Bergelar Ibu

Guna AI Bayang Diri Hamil, Sweet Qismina Luah Hasrat Bergelar Ibu

“Insya-Allah, satu hari nanti…”

 Demikian harapan pelakon popular Sweet Qismina yang kini terbuka berkongsi impiannya untuk bergelar ibu.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 27, mencuri perhatian ramai apabila memuat naik imej dirinya seolah-olah sedang hamil, yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Walaupun hanyalah gambaran digital, kapsyen yang ditulis Sweet nyata menyentuh hati ramai peminat.

“Membayangkan diri saya mengandung. Insya-Allah, suatu hari nanti,” tulisnya ringkas.

Biarpun belum dikurniakan rezeki zuriat sejak mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Lee pada Oktober 2022, Sweet jelas tidak pernah berhenti berharap.

Malah, ruangan komen dibanjiri ucapan dan doa daripada netizen, terutamanya kaum wanita yang turut berkongsi pengalaman masing-masing dalam fasa mencabar ‘Trying To Conceive’ (TTC).

“Sama-sama kita doakan dipermudahkan untuk semua isteri yang sedang menanti rezeki anak. Moga ada berita gembira buat Sweet tak lama lagi,” tulis seorang pengguna.

@sweetqisminaofficial

Semoga Allah memberi rezeki zuriat aminnnn ❤️

♬ original sound – yeesha2606

Scroll to Top