Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video membimbing isterinya yang juga mualaf, Maryam Younarae, membaca Al-Quran.
Menerusi video berdurasi 1 minit 27 saat yang dimuat naik di TikTok, Ryzal dilihat tenang duduk bersama Maryam dan anak perempuan mereka, Rina, selepas selesai solat berjemaah sebelum membimbing bacaan surah kepada isterinya.
Aksi spontan itu nyata meraih perhatian netizen yang rata-ratanya kagum dan terharu melihat usaha Ryzal memimpin keluarganya ke arah lebih baik.
Malah, ada yang menyifatkan lelaki berusia 32 tahun itu sebagai contoh suami dan bapa mithali.
Rata-rata netizen mengakui terharu dan tersentuh melihat usaha Ryzal yang tidak hanya memberi kasih sayang, tetapi juga memimpin isteri dan anaknya dalam hal yang lebih bermakna iaitu mendekatkan diri kepada agama.
@ryzalibrhm Confident level budak ni lain macam




