Umum sedia maklum, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah kini digosipkan mempunyai hubungan cinta bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Terbaru, tular sebuah video siaran langsung di platform TikTok memaparkan momen Bella atau nama lengkapnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, memanggil Saddiq dengan panggilan sayang.
“Tak salah sayang.. I tak cakap pun salah. I happy you tanya-tanya, i suka. Tanya lagi tak apa. You tanya pun dah membahagiakan I,” katanya menjawab pertanyaan Saddiq.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen seolah-olah ‘blushing’ dan tak keruan melihat Bella yang dikatakan tidak lagi berselindung memaparkan momen mesra mereka kepada khalayak umum.
@musafir..dunia Blushing jer YB @Syed Saddiq kami faham. 😌 @Bella Astillah #teamBASSofficial #FenomenaBASS #bellaastillah #syedsaddiq #Biiznillaah #PasanganKesayanganSebuana #MalaysiaSweetHeart
Malah, kedua-dua pasangan itu juga dilihat sedondon memakai baju berona hitam ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan selebriti, Eyka Farhana dan Akhyar Rashid, semalam.
@barrerys_ nah vitamin malam ni 🖤 wedding kawan dah pergi tinggal wedding sendiri je belum 🤭 #bellaastillah #syedsaddiq #teambass #fy #syedsaddiqbellaastillah #fypage #bass #fypシ゚ #foryou #fyp
Sebelum ini, Bella mencuri tumpuan selepas tular sebuah video memanggil Saddiq dengan panggilan abang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Disoal Panggil Syed Saddiq ‘Abang’, Ini Respons Bella Astillah… Syukur Temui Pelangi Selepas Hujan – “Terima Kasih Ironman”



