
BANGKOK: Thailand menggantung pengeluaran dokumen perjalanan kepada individu dari India atas kebimbangan pengimportan kes Covid-19, ketika lebih banyak tempat ditutup di Bangkok hari ini dalam usaha membendung gelombang ketiga jangkitan di negara itu.
Hari ini, India terus mencatatkan rekod global untuk hari kelima berturut-turut dengan 352,991 kes baru, menjadikan keseluruhan kini melebihi 17 juta kes dan hospital kehabisan katil, bekalan oksiden dan ubat.
Kedutaan Thailand di New Delhi menerusi kenyataan mengesahkan dokumen kemasukan untuk bukan warga Thai dari India digantung sehingga diberitahu kelak.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) menafikan laporan jet peribadi yang membawa orang kaya dari India terbang ke negara itu.
āKami mengesahkan tiada penerbangan sewa jutawan India yang meminta kebenaran CAAT untuk datang ke Thailand,ā katanya dalam kenyataan hujung minggu lalu.
CAAT berkata, empat penerbangan dijadualkan membawa individu pulang dari India ke Thailand pada bulan depan.
Thailand hari ini mencatatkan 2.048 kes baru, menjadikan keseluruhan 57,508 kes dan 148 kematian berkaitan Covid-19.
Daripada kes yang dilaporkan hari ini, 901 kes direkodkan di Bangkok.
Taman, gim, pawagam dan pusat asuhan kanak-kanak di Bangkok diarahkan tutup mulai hari ini hingga 9 Mei.
Kompaun 20,000 baht turut dilaksanakan kepada mereka yang tidak memakai pelitup muka, dengan langkah baru sedang dipertimbangkan untuk membendung penularan.