Sukan bentuk insan luar biasa

Sukan bentuk insan luar biasa

suliati@hmetro.com.my

Selama lebih enam dekad, MILO® bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) terus komited membina masa depan Malaysia menerusi sukan dari peringkat akar umbi.

Kerjasama ini bukan saja saja mencungkil bakat generasi muda, tapi menanam nilai-nilai penting seperti disiplin, kerjasama berpasukan dan integriti.

Menerusi program akar umbi yang berterusan, MILO® terus memastikan setiap anak muda berpeluang mengambil bahagian, belajar dan berkembang maju dalam membantu mereka bukan sahaja untuk menjadi atlet cemerlang, tetapi pemimpin masa depan dan suri teladan.

Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO® Ke-56 bukan sekadar meraikan kecemerlangan atlit muda dalam sukan, tetapi juga pengorbanan pelajar dalam mengimbangi latihan dan akademik.

Di sebalik setiap kejayaan, tersembunyi kisah perjuangan yang membuktikan sukan membentuk bukan hanya atlet hebat, tapi juga insan luar biasa.

Penerima Anugerah Puteri MSSM, Dania Sofea Zaidi, 17, berjaya mengimbangi latihan dan akademik dengan disiplin tinggi dan melihat kedua-duanya sebagai ‘perlawanan’ penting yang memerlukan fokus adalah sumber kejayaannya.

Kata atlet badminton yang berasal dari Johor ini, sokongan dari keluarga terutama ayahnya adalah pemangkin keazamannya.

“Ayah selalu mengingatkan saya untuk tidak mudah menyerah dan sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali saya melangkah ke gelanggang,” katanya.

Dania berkata, kehadiran MILO® dan tokoh atlet muda yang diketengahkan sejak kecil menjadi sumber inspirasi.

“Melalui badminton, saya dapat membina ketahanan mental dan pemikiran strategik yang diterapkan dalam kehidupan, sambil terus mengejar impian,”katanya.

Penerima Anugerah Puteri Para yang juga Perenang Para, Aleeya Fariesya Faizul Rizal, 20, berjaya membina disiplin dan ketahanan diri melalui perjalanan sukannya.

Katanya, walaupun menghadapi cabaran unik sebagai atlet para, dia tetap bermotivasi untuk terus mencapai kemenangan dan sokongan komuniti.

“Saya selalu berasa gementar dan takut apabila bertanding. Takut akan kegagalan.

“Namun, dengan setiap perlumbaan, saya belajar sesuatu yang baharu dan sentiasa mengingatkan diri sokongan keluarga dan kebanggaan mewakili Malaysia,”katanya.

Dengan organisasi yang kukuh, Aleeya dapat mengimbangi latihan, akademik dan terus memperjuangkan keterangkuman yang lebih besar untuk atlet para di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Sukan MILO®, Nestlé Malaysia Lim Kerwin berkata di MILO®, pihaknya percaya sukan ibarat ‘guru hebat’ dan kecemerlangan pelajar-pelajar ini membuktikan ungkapan itu ternyata benar.

Katanya, kisah para penerima anugerah membuktikan betapa besarnya impak positif sukan dalam membentuk jati diri anak muda, termasuk dari segi kecergasan mental.

“Menerusi anugerah ini, kami raikan perjalanan mereka dan terus bertekad untuk membina generasi masa depan kerana kami percaya, nilai yang dipelajari melalui sukan bukan saja membentuk atlet hebat, tapi juga insan berwibawa dalam kehidupan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top