Siti Hariesa, Shukri Yahaya & Amerul Affendi Lancar Bru Kedai Kopi, Promosi Drama Baharu Eksklusif Di Tonton!

Siti Hariesa, Shukri Yahaya & Amerul Affendi Lancar Bru Kedai Kopi, Promosi Drama Baharu Eksklusif Di Tonton!

Gabungan seni dan dunia kopi menjadi realiti apabila tiga bintang tersohor tanah air iaitu Shukri Yahaya, Amerul Affendi dan Siti Hariesa melancarkan Bru kedai kopi dalam satu majlis istimewa yang berlangsung di APW, Bangsar pada Isnin.

Majlis pelancaran ini bukan sekadar pembukaan sebuah kedai kopi berkonsep kreatif, tetapi turut diadakan bersempena tayangan drama bersiri terbaharu, Bru arahan pengarah tersohor Nik Amir Mustapha.

Drama bersiri Bru kini ditayangkan eksklusif di Tonton sejak 1 Mei lalu, pada setiap Isnin dan Khamis.

Kata Nik Amir  yang terkenal dengan sentuhan visual unik dalam filem seperti Kil, Terbaik Dari Langit, Rise Ini Kalilah dan Imaginur ini pertama kali mengarah siri drama dan membawa kelainan tersendiri menerusi Bru.

Drama menampilkan Shukri Yahaya sebagai Shah, seorang peminat tegar kopi yang obses dengan kejayaan. Siti Hariesa pula memegang watak Hani, barista berbakat yang mahu bebas daripada bayangan bapanya, seorang Tan Sri dan Amerul Affendi sebagai Ajan, teman rapat Shah yang menganggapnya seperti adik sendiri.

Tampil sisi berbeza pelakon

Menariknya, setiap pelakon tampil dengan sisi berbeza berbanding watak-watak mereka sebelum ini.

Shukri Yahaya yang terkenal dengan imej gangster menerusi Blood Brothers, kini lebih santai dengan elemen kopi yang turut menjadi minat peribadinya.

Siti Hariesa pula tampil berani dan garang, berbeza daripada imej manis yang sinonim dengannya, manakala Amerul Affendi membawakan sisi lebih mendalam dan sensitif, jauh daripada karakter komedi seperti Kuping dalam 6 Jilake.

Acara pelancaran Bru kedai kopi turut memberi peluang peminat untuk bertemu idola mereka secara lebih dekat dalam suasana santai dan mesra. Ia sekali gus meraikan permulaan baharu bukan sahaja dalam kerjaya lakonan, tetapi juga dunia perniagaan buat ketiga-tiga selebriti ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama Bru di Tonton dan ikuti perkembangan lanjut melalui laman sosial rasmi Tonton di Facebook, Instagram dan Twitter di @TontonMY. Episod baharu ditayangkan setiap Isnin dan Khamis melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store.

Scroll to Top