Lelaki maut kereta dipandu bertembung treler

Lelaki maut kereta dipandu bertembung treler

MACHANG: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 50.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran stesen minyak Batu 31, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian pukul 11.55 pagi itu, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira maut dilokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin, berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa dari arah Kota Bharu menuju Kuala Krai.

“Setiba dilokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Kereta berkenaan kemudian telah merempuh treler yang datang dari arah Kuala Krai ke Kota Bharu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Sahfiki memberitahu, mangsa telah meninggal dunia di lokasi dab mayatnya telah dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

Katanya, disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor Khairulanwar Adam (011-10085165) atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang (09-9751222) bagi membantu siasatan,” ujarnya.-UTUSAN

Scroll to Top