New Era pertahan kejuaraan di PMNC

New Era pertahan kejuaraan di PMNC

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pasukan New Era (NWE) dan Maqna Esports Club (MEC) sekali lagi mempertahankan kedudukan mereka di Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC).

Pencapaian itu membolehkan mereka menempah slot untuk bertanding di Liga Super PUBG Mobile (PMSL) SEA yang akan berlangsung di Indonesia, kelak.

PMNC melabuhkan tirai dengan jayanya selepas persembahan hebat dengan penuh kemahiran dalam kalangan peserta, sekali gus melonjakkan e-Sukan di mata antarabangsa.

Kejohanan itu mendapat penyertaan memberangsangkan dengan lebih 1,000 pasukan bertanding mewakili pelbagai kampus universiti dan organisasi amatur dari seluruh Malaysia.

NWE meletakkan kepercayaan tinggi terhadap barisan utama pemain dan mengutip mata sasaran sebanyak 129 kemenangan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD).

MEC hampir meraih kedudukan pertama carta, namun terlepas hanya dengan satu mata di belakang dan kembali bangkit di perlawanan kedua.

Pasukan DX yang membuat perubahan besar dalam kejohanan ini, memasukkan empat ahli baharu dan mencatat rekod tertinggi sejarah PMNC apabila meraih kemenangan WWCD dengan 28 penyingkiran, pada hari pertama kejohanan.

Dalam kategori solo, 27LAMINA meraih kemenangan di pusingan akhir dengan prestasinya yang luar biasa dan memberangsangkan serta muncul juara selepas menewaskan KIDZJA di final.

Pengurus Negara (Malaysia) Tencent Games, Eugene Chin mengakui teruja apabila dapat elihat bakat hebat menyerlah di kejohanan itu.

“PMNC ditubuhkan bagi memupuk bakat tempatan dan membuka peluang untuk mereka bersaing di peringkat antarabangsa.

“Tahniah kepada semua pemenang dan semoga berjaya dalam Kejohanan PMSL SEA 2025 ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top