am@hmetro.com.my
Jerantut: Semua pengusaha dan penumpang bot penambang di Taman Negara Pahang, Kuala Tahan diwajibkan memakai jaket keselamatan atau berdepan tindakan.
Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Sharuddin Jali berkata, kegagalan memakai jaket keselamatan boleh membahayakan penumpang terutama di musim puncak kehadiran pelancong ke situ terutama semasa musim tengkujuh.
“Langkah ini adalah sebahagian daripada meningkatkan langkah keselamatan terhadap keselamatan yang menjadi keutamaan, terutamanya kerana Taman Negara menjadi tumpuan ramai pelancong, termasuk dari luar negara.
“Pengusaha bot yang gagal mematuhi peraturan ini berdepan risiko lesen pengusaha bot penambang ditarik balik, penguatkuasaan ini bermula sejak tahun lalu dan tindakan tegas akan diambil tahun ini.
Sharuddin berkata, keselamatan bot penumpang akan dipantau oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan), “katanya.
Beliau turut memaklumkan peningkatan jumlah pengunjung ke Taman Negara Kuala Tahan setiap tahun menjadikan tindakan itu penting untuk memastikan imej negara dipelihara melalui pematuhan terhadap aspek keselamatan.
“Taman Negara Kuala Tahan adalah Gerbang Taman Negara Pahang dan juga negara
menunjukkan trend pengunjung meningkat selepas pandemik Covid-19, berbanding tahun lalu dan 2022 sebanyak kira-kira 50 peratus.
“Jumlah pengunjung ke Taman Negara Kuala Tahan pada tahun 2021 seramai 12,2612 pengunjung, tahun 2022 (68,840), 2023 (128,592) dan pada tahun 2024 seramai 135,435 orang,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd