Usahawan, Datuk Lokman Teh tampil mempartahankan isteri tercinta, pelakon Datin Atikah Suhaime yang menerima tohmahan netizen sehingga digelar ‘gold digger’ gara-gara kenyataannya sebelum ini yang berseloroh memberi tips memikat lelaki kaya.
Menerusi platform Threads, Lokman menjelaskan Atikah adalah seorang isteri yang tidak pernah meminta wang daripada suami mahupun keluarga mentuanya.
“Sejujurnya, Atikah tak pernah minta saya dan keluarga saya duit atau apa-apa. Dia seorang yang lurus dan ikhlas sebab itu keluarga saya akan beri sokongan sepenuhnya kepada dia.
Lebih menyentuh hati, Lokman menyifatkan Atikah seorang wanita memiliki hati yang sangat mulia.
“Saya ingat tak akan jumpa wanita macam ni, Alhamdulillah jumpa. Tiada siapa sempurna tetapi pada saya hati dia sangat suci,” katanya.
Malah, Lokman turut menegaskan Atikah hanya bergurau apabila memberi tips cara memikat suami kaya dengan makan di restoran mewah dan bermain golf.
Luahan hati Lokman itu nyata telah menyentuh hati netizen yang memuji dirinya seorang suami ‘green flag’ kerana mempertahankan isteri yang menerima kecaman.
Pada 8 Mac lalu, Atikah selamat menimang cahaya mata perempuan sulung hasil perkahwinannya dengan usahawan Datuk Lokman Teh.
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 21 Januari tahun lalu menerusi sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga serta rakan terdekat.