fahmy.azril@bh.com.my
Kuala Lumpur: Anak sulung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah mengesahkan pencalonannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan kali ini.
Setakat 4 petang tadi, hanya terdapat nama bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dalam sistem pencalonan pemilihan parti bagi bersaing merebut jawatan nombor dua parti terbabit.
Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penyandang Presiden PKR turut mengesahkan pencalonan bagi mempertahankan jawatan disandangnya ketika ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




