Anak kepada Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar, sah akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti kali ini.
Menurut laporan Harian Metro, hanya nama bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang tersenarai dalam sistem pencalonan bagi jawatan nombor dua parti berkenaan setakat jam 4 petang tadi.
Anwar Ibrahim kekal mahu pertahankan jawatan Presiden PKR

Dalam perkembangan sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengesahkan pencalonan beliau bagi mempertahankan jawatan Presiden PKR yang sedang disandangnya.
Dengan pencalonan ini, arena politik PKR dijangka kembali hangat dengan kehadiran semula figura penting seperti Nurul Izzah.
Pssttt! Dalam dunia politik, nama besar bukan jaminan kemenangan. Rakyat kini menilai berdasarkan integriti, bukan sekadar populariti.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.




