Pengarah terkenal, Michael Ang bersuara mengenai isu viral yang dikaitkan dengan usahawan Kieda Crepe.
Beliau mempersoalkan adakah ianya sekadar ‘marketing’ kerana Kieda cepat melatah dengan kritikan pelanggan.
Michael Ang bosan dengan teknik ‘marketing’

Selebriti media sosial ini juga nampaknya sudah muak dengan trend viral semata-mata untuk kekal relevant di mata netizen.
Dan rakyat Malaysia masih percaya dengan marketing macam ni. Mak cik crepe tu apo kau jual orang tak boleh komen ke sedap ke tak sedap? Sikit-sikit nak saman! Mak cik yang buat video review tu pun satu dah beli tak sedap dah la jangan beli lagi.
Michael secara peribadi berpendapat crepe yang dijual Kieda tidak sedap kerana terlalu manis. Jadi, dia mempersoalkan adakah kenyataan jujurnya itu turut berisiko disaman?
Tambahnya lagi, kalau tak boleh terima komen dan hanya nak pujian, lebih baik jangan berniaga.
Siti Jamumall jalan kaki sebab telefon tak ada bateri tak logik?
Selain isu Kieda, Michael turut menyelit mengenai kes Siti Jamumall yang berjalan sejauh 15km ketika sarat hamil untuk pulang ke rumah.
Telefon Siti dikatakan habis bateri dan dia terpaksa berjalan dari Shah Alam ke Setia Alam. Namun, Michael berkata, ianya hanya marketing.
Orang Malaysia banyak yang baik dan sanggup tolong.
Beliau sebenarnya sudah bosan dengan ‘drama’ bergaduh kemudian berbaik dan menjual produk baru.




