Tragedi berdarah pulang solat Isyak

Tragedi berdarah pulang solat Isyak

am@hmetro.com.my

Jempol: Perjalanan pulang dua beradik ke rumah selepas selesai solat di masjid berakhir tragedi apabila motosikal ditunggang terbabit kemalangan.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Norhisham Mustapar berkata, dalam kejadian jam 9.15 malam tadi, motosikal dinaiki mangsa Muhammad Hadzriq Mohamad Sani,17, dan adiknya, Muhammad Hudzayr ,15, terbabas melanggar pokok di Felda Lui Timur di sini.

Katanya, kemalangan berlaku selepas Muhammad Hadzriq yang membawa motosikal dipercayai terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebatang pokok kelapa sawit.

“Akibat kemalangan itu, mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Lui Muda di sini, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya.

Katanya, adik mangsa yang membonceng motosikal mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Jempol.

“Polis menyiasat nahas itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta saksi tampil membantu siasatan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top