Isu kontroversi usahawan terkenal, Kieda Crepe nampaknya belum berakhir apabila suaminya, Hilmi Zaki pula tampil memberi kenyataan.
BACA: “Salah Kieda Terlampau Ikut Emosi” – Usahawan Kieda Crepe Mohon Maaf
Dalam satu hantaran video di media sosial, Hilmi menjelaskan punca sebenar isterinya bersemuka dengan individu terbabit.
Suami yang galakkan Kieda ambil tindakan
Malah, dia sendiri yang menggalakkan isteri mengambil tindakan kepada individu terbabit untuk menjernihkan keadaan apabila ada pihak yang cuba melaga-lagakan dua perniagaan.
Staf B menghina makanan, tak sedap tak apa. Sedap itu subjektif. Tolonglah jangan tutup periuk nasi peniaga mana sekali pun. Tapi yang menyebabkan Kieda ambil serius sebab dalam kapsyen dia tu tulis “Kieda Crepe game customer”.
Hilmi mempersoalkan siapa terlebih dahulu yang mencari pasal, pihaknya cuma menegakkan kebenaran apabila dituduh ‘game’ para pelanggan.
Hilmi mengaku sebagai seorang peniaga, mereka sepatutnya menerima segala kritikan pelanggan namun kali ini individu tersebut telah melampaui batas.
Berkaitan bad review, selama 3 tahun saya berada di Kieda Crepe nak bagi 1/10 ke, 2/10 ke atau tak kena di tekak ke itu adalah hak pembeli. Wallahi Kieda Crepe tak pernah take serius benda ni dan kami ambil untuk perbaharu produk.
Usahawan ini turut menafikan dakwaan seperti ‘lembu dicucuk hidung’ kerana dia sebenarnya banyak bertegas dengan Kieda dan menjadi tulang belakang perniagaan.
Netizen tak setuju dengan suami
Namun, penjelasan Hilmi mengundang rasa kurang senang netizen. Mereka berpendapat, wanita berkenaan hanya memuat naik status di Whats App.

Tapi ianya telah diperbesar-besarkan oleh Kieda sehingga satu Malaysia mengetahui ‘hinaan’ tersebut.


Netizen juga menasihati Hilmi supaya melihat perkara ini secara menyeluruh dan menasihati Kieda.