“Kalau Kalah, Saya Letak Jawatan Menteri – Rafizi Ramli | Oh! Media

“Kalau Kalah, Saya Letak Jawatan Menteri – Rafizi Ramli | Oh! Media

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menyatakan secara terbuka bahawa beliau sedia melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan 24 Mei ini.

Menurut laporan Astro Awani, Rafizi berkata yang langkah itu sebagai tanda hormat terhadap mandat akar umbi, namun beliau akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan.

Kalau saya kalah, saya akan letak jawatan. Saya akan kembali sebagai Ahli Parlimen biasa.

Kerajaan tetap stabil

Rafizi juga memberi jaminan bahawa pertandingan dalam PKR tidak akan menjejaskan kestabilan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Saya sudah bercakap dengan rakan-rakan dari GPS dan BN. Takkan ada kekacauan, takkan ada ancaman kepada kestabilan.

“Kalau bukan menteri, saya lagi gembira” – Rafizi Ramli

Beliau turut berkongsi bahawa tanpa jawatan menteri, beliau lebih bebas bersuara dalam isu-isu penting negara.

Mulut dan tangan saya tak lagi terikat… Saya boleh bersuara tanpa menyusahkan Perdana Menteri.

Rafizi secara sinis menyentuh isu pelantikan Tan Sri Azam Baki, menegaskan bahawa sebagai anggota Kabinet, beliau perlu menjaga etika pentadbiran.

Pssttt! Pemimpin sejati tak hanya mengejar kuasa, tetapi sanggup berundur demi menghormati suara rakyat. Semoga jadi contoh kepada yang lain.

Kredit: Astro Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top