Bursa Malaysia jatuh 16.79 mata

Bursa Malaysia jatuh 16.79 mata

KUALA LUMPUR: Kegiatan jualan berterusan membabitkan kaunter produk pengguna dan penjagaan kesihatan mengheret turun urus niaga di Bursa Malaysia untuk ditutup rendah petang ini, selepas mencatatkan keuntungan selama tiga hari berturut-turut.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 16.79 mata kepada 1,606.68 berbanding 1,623.47 pada penutupan urus niaga semalam.

Petunjuk utama pasaran dibuka 0.26 mata lebih rendah pagi ini pada 1,623.21 dan bergerak antara 1,603.82 dan 1,623.25 sepanjang sesi rus niaga hari ini.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 687 berbalas 417 manakala 433 kaunter tidak berubah, 663 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 7.17 bilion saham bernilai RM5.07 bilion daripada 8.30 bilion saham bernilai RM5.59 bilion pada Isnin.

Peniaga berkata, kebanyakan pasaran Asia diniagakan dalam sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat penting Rizab Persekutuan AS pada 27 hingga 28 April ini serta didorong oleh kebimbangan terhadap kemunculan semula kes COVID-19, terutama di rantau Asia.

Pelabur juga dijangka tidak memasuki pasaran kerana menantikan keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan dengan pengerusinya Jerome Powell dijadualkan memberi hala tuju yang lebih jelas sama ada keadaan ekonomi yang semakin baik memerlukan dasar monetari yang longgar.

Di peringkat serantau, Nikkei Jepun turun 0.46 peratus kepada 28,991.89, Hang Seng China merosot 0.04 peratus kepada 28,941.54 sementara Indeks Straits Times Singapura naik 0.24 peratus menjadi 3,212.54.

Sementara di bursa tempatan, Nestle dan Hartalega adalah antara yang kerugian dengan masing-masing menyusut 50 sen kepada RM136 dan 48 sen kepada RM10.70.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank susut 10 sen kepada RM8.26, Public Bank dan TNB masing-masing turun 2.0 sen kepada RM4.17 dan RM9.98, Petronas Chemicals menyusut 6.0 sen kepada RM7.85 sementara Top Glove merosot 12 sen kepada RM5.78.

Bagi kaunter aktif, Focus Dynamics turun 1.5 sen kepada 13 sen, Careplus jatuh 2.0 sen kepada RM2.74 manakala Kanger International naik setengah sen kepada 7.5 sen dan Sedania Innovator menambah 4.5 sen kepada 27.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 89.93 mata kepada 11,847.98, FBMT 100 susut 92.46 mata kepada 11,500.12, FBM 70 lebih rendah 19.61 mata kepada 15,698.01, FBM Emas Syariah turun 101.89 mata kepada 13,342.42 tetapi FBM ACE meningkat 5.56 mata kepada 8,906.48.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan kerugian 32.20 mata kepada 6,852.54, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 99.77 mata pada 14,951.84 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.85 mata kepada 196.81.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 3.40 bilion saham bernilai RM3.53 bilion berbanding 4.47 bilion saham bernilai RM4.21 bilion pada hari Isnin.

Perolehan waran menyusut kepada 410.41 juta unit bernilai RM47.97 juta daripada 424.38 juta unit bernilai RM49.27 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE mengecil kepada 3.36 bilion saham bernilai RM1.49 bilion daripada 3.41 bilion saham bernilai RM1.33 bilion semalam.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 595.97 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.13 bilion), pembinaan (146.55 juta), teknologi (529.19 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (57.31 juta), hartanah (346.13 juta), perladangan (26.08 juta), REIT (7.09 juta), dana tertutup (36,800), tenaga (190.56 juta), penjagaan kesihatan (192.08 juta), telekomunikasi dan media (84.08 juta), pengangkutan dan logistik (108.20 juta) dan utiliti (20.65 juta).

– BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top