Kerajaan Negeri Perlis mengumumkan larangan penjualan vape atau rokok elektronik bermula 1 Ogos 2025, menjadikan negeri itu antara yang mengikuti jejak Johor dan Terengganu.
Menurut laporan mStar, langkah ini dibuat selepas melihat peningkatan kebimbangan terhadap kesan buruk penggunaan vape, khususnya dalam kalangan golongan muda dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini mengeluarkan fatwa haram terhadap penggunaan vape, dan kerajaan negeri berusaha melaksanakannya secara menyeluruh.
Kurang 50 premis terjejas, kerajaan negeri akan bantu cari alternatif

Mohd Shukri turut memaklumkan bahawa larangan ini melibatkan kurang daripada 50 premis di seluruh negeri, dan kerajaan akan memberi sokongan kepada pengusaha terlibat untuk menceburi bidang perniagaan baharu yang lebih sesuai.
Kes pelajar diserang sawan lepas hisap ‘vape’ cetus kebimbangan

Keputusan ini turut dipengaruhi oleh insiden bulan lalu, di mana seorang pelajar tingkatan tiga diserang sawan selepas dipercayai menghisap vape di tandas sekolah adalah kejadian yang mengejutkan ramai pihak.




