Anak kepada pengarah terkenal, Aziz M.Osman mencuri perhatian selepas dia berkongsi foto ketika majlis graduasinya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di sosial media, anak lelaki Aziz yang dikenali sebagai Putera Muhamad Ameen Aziz itu kelihatan berkongsi fotonya bersama bapa dan rakan-rakan usai majlis tersebut berlangsung.
“Bouquet and smile,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji ketampanan anak Aziz yang wajahnya dikatakan mirip bekas isterinya, Nor Alia Lee.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telahpun meraih lebih 100,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.
Sekadar info, Aziz M. Osman pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai enam anak, dengan perkahwinan pertama bersama pelakon Nor Aliah Lee pada 1992 dan bercerai pada 2007.
Perkahwinan keduanya pula adalah bersama Nor Radhiah Ramli dan ketiga bersama Puteri Lily Lokman.
Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu, Puteri Nur Azzahra dan Putera Aryan.




