Terima Ugutan, ‘Sipolan’ Lepas Tanggungjawab? Elliza Razak Perlu RM8,300 Selesaikan Beban Selepas Cerai – “Saya Tak Mahu Anak Saya Merempat”

Terima Ugutan, ‘Sipolan’ Lepas Tanggungjawab? Elliza Razak Perlu RM8,300 Selesaikan Beban Selepas Cerai – “Saya Tak Mahu Anak Saya Merempat”

“Saya tak minta derma, cuma mohon jasa baik semua untuk sokong bisnes minyak wangi saya,”

Itu luahan penyanyi dan usahawan, Elliza Razak yang terpaksa merendahkan ego memohon bantuan orang ramai selepas dibebani masalah kewangan sejak sebelum bercerai lagi.

Menurut Elliza, dia kini perlu mengumpul sebanyak RM8,300 bagi menyelesaikan satu urusan penting yang tertangguh, gara-gara pihak yang sepatutnya bertanggungjawab lepas tangan begitu saja.

“Dengan rasa rendah diri saya nak minta bantuan. Andai kiranya awak semua boleh sokong bisnes saya sebab sekarang ini memerlukan satu jumlah yang besar untuk menyelesaikan masalah yang dah diberi bebanan ke atas saya sebelum saya bercerai lagi.

“Saya perlu kumpul wang berjumlah RM8,300 untuk selesaikan sesuatu yang sangat mustahak,” katanya.

Jelas Elliza, jumlah sebenar yang masih tertunggak adalah sekitar RM20,000, namun dia memilih untuk menyelesaikan jumlah minimum terlebih dahulu demi kelangsungan hidup bersama dua anaknya.

“Sepatutnya saya tak meminta begini, tapi ‘sipolan’ yang sepatutnya bertanggungjawab langsung tak jelaskan apa yang patut.

“Jumlah sebenar RM20,000, Itu pun kira dah lebih kurang,” katanya lagi.

Lebih mengecewakan, Elliza mendakwa dirinya turut menerima pelbagai ugutan daripada pihak luar, selain terpaksa berhempas pulas menanggung dua anak seorang diri tanpa bantuan bekas pasangan.

“Ada pihak masuk campur, ugut macam-macam. Saya tanggung dua anak sepenuhnya, tapi pihak yang sepatutnya bertanggungjawab hilang begitu saja. Saya tak mahu anak-anak saya merempat disebabkan kesalahan sipolan berkenaan,” tuturnya lagi. ” luahnya.

Sebelum ini, Elizza pernah mendedahkan dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga yang menjadi antara punca perpisahannya dengan bekas suami, Khairul Adzwan Nasir pada Februari tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari.

Hasil perkongsian hidup bersama selama 12 tahun, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Dah Tak Sehaluan, Elliza Razak Bercerai Sejak Februari Lalu – “Jangan Cari & Ganggu Saya Dengan Anak-Anak”

Scroll to Top