“Pendidikan adalah senjata yang paling kuat yang boleh anda gunakan untuk mengubah dunia,” ujarnya.

Artikel lain: KARISMA MPP IPT 2025: KPT serius bentuk pemimpin mahasiswa MADANI
Jangan tergesa-gesa pilih haluan masa depan
Menerusi ucapan itu lagi, beliau turut menyeru pelajar agar tidak membuat keputusan secara tergesa-gesa dalam memilih haluan masa depan mereka.
Malah, isu kewangan juga tidak harus menjadi penghalang untuk melanjutkan pengajian.
“Masuk dan daftar dahulu. Jangan jadikan masalah kewangan sebagai halangan. Kami akan bantu,” tegasnya.
Tambah beliau, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa berusaha mencari penyelesaian terbaik agar semua pelajar dari pelbagai latar belakang mendapat peluang melanjutkan pengajian secara adil.
Beliau turut menyifatkan Karnival JMU sebagai platform penting untuk membantu pelajar membuat pilihan yang tepat dan mendapatkan maklumat berkaitan IPT, prosedur permohonan UPUOnline serta bantuan kewangan yang ditawarkan.

Difahamkan, karnival JMU 2025 yang merangkumi 10 siri jelajah seluruh negara dilaporkan berjaya mencatat lebih 1 juta pengunjung secara fizikal dan atas talian, membuktikan sambutan luar biasa daripada pelajar serta ibu bapa.
Turut hadir mewakili Menteri ialah Setiausaha Politik, Akmal Zharif Ahmad Kamal, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Mohamad Azhan Md. Amir, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dato’ Dr. Hj Mohd Zahari Ismail, serta Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Penyelidikan) JPT, Prof. Dr. Zainal Amin Ayub.




