harisfadli@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut selepas dipercayai terjatuh daripada tingkat tujuh di kawasan perumahan awam, Presint 9, di Putrajaya, hari ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada jam 2.24 petang daripada doktor bertugas di Hospital Putrajaya.
“Doktor berkenaan bertugas di wad kecemasan Hospital Putrajaya mengatakan menerima seorang kanak-kanak dalam keadaan berlumuran darah.
“Mangsa dibawa oleh bapanya iaitu seorang lelaki tempatan dan pemeriksaan dijalankan ke atas mangsa mendapati kanak-kanak itu sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, proses bedah siasat dijangka akan dijalankan pada 8 pagi esok bagi membantu siasatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




