Toyota Alphard Imam Firdaus Firabiv Dicuri Di Hotel Ipoh

Toyota Alphard Imam Firdaus Firabiv Dicuri Di Hotel Ipoh

Kecurian sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Alphard yang dilaporkan hilang di parkir hotel kawasan Sungai Senam, Ipoh menjadi bualan hangat selepas rakaman CCTV menunjukkan kenderaan itu keluar dari kawasan hotel sekitar jam 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kenderaan pada hari yang sama jam 1.29 petang daripada pemilik berusia 37 tahun.

Pengadu memaklumkan bahawa Toyota Alphard miliknya berwarna putih yang diletakkan dalam keadaan berkunci telah hilang.- Katanya dalam satu kenyataan.

Hasil semakan rakaman CCTV mendapati kenderaan terbabit telah dibawa keluar lebih awal sekitar jam 5.30 pagi oleh individu yang masih belum dikenal pasti.

Imam Firdaus Firabib tawar ganjaran…

Insiden ini menjadi tular selepas mangsa berkongsi video kehilangan kenderaannya menerusi akaun Facebook ‘Firdaus Farabib’. Kejadian tersebut meraih perhatian orang ramai yang turut berkongsi maklumat mengenai nombor pendaftaran kenderaan VM 7515.

Malah, satu ganjaran berjumlah RM3,600 turut ditawarkan kepada sesiapa yang dapat menyalurkan maklumat sehingga kenderaan itu ditemui semula.

Kereta sahabat kami, Ustaz Firdaus Firabib hilang dicuri di Ipoh, Perak. Minta war-war sampai jumpa, ada ganjaran kami kasi.- Kongsi satu hantaran.

Polis kini menyiasat kes ini di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun, dan boleh dikenakan denda.

Polis memandang serius kejadian ini dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.- Tegas Abang Zainal Abidin.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor Fatin Nur Nazihah Zainuddin di talian 019-636 3536 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Pssttt! Sentiasa pastikan kenderaan dikunci dan diletakkan di kawasan yang selamat serta mempunyai pengawasan CCTV. Dalam era sekarang, kecurian boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk tempat yang dikira ‘selamat’. Moga kenderaan mangsa berjaya ditemui dan pelaku segera dibawa ke muka pengadilan.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top