[VIDEO] Tersasul Gelar Isteri Fattah Amin, Isteri Aliff Syukri Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Amira Othman

[VIDEO] Tersasul Gelar Isteri Fattah Amin, Isteri Aliff Syukri Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Amira Othman

Isteri usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon, Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman.

Ia susulan ketelanjuran Aliff ketika tersasul menggelarkan Amira sebagai isteri Fattah, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nak Ambil Duta Jual Beg Kilat, Netizen Terhibur Aliff Syukri Gelarkan Amira Othman Isteri Fattah Amin

Menerusi sebuah video siaran langsung, Shahida menjelaskan tindakan Aliff itu berlaku secara spontan yang pada awalnya mahu bertanya siapakah selebriti dikaitkan bercinta dengan Fattah.

“Sebelum ni viral video Aliff tanya siapa isteri Fattah Amin, saya faham soalan dia bukan nak kata itu sebenarnya dia nak tanya orang yang Fattah digosipkan tu.

“Saya faham maksud dia, yang digosipkan tu Amira Othman la. Aliff ni tak pandai nak bercakap, kalau benda tu terus saja tapi dia akan bengkang-bengkuk.

“Aku pun terkejut boleh viral. Sebenarnya tiada apa. Jadi ini adalah permohonan maaf kepada Fattah Amin dan Amira Othman, itu hanya spontan saja. Mintta maaf sangat kalau kami terlebih bicara. Tiada kena mengena pun.

“Saya tak tahu sama ada mereka akan berkahwin atau tidak, tak kena jemput apa pun. Dia memang macam tu jadi aku iyakan sajalah,” jelasnya,

@daya_mall

Permintaan maaf secara terbuka keoada Fattah AMin & Amira Othman.. Maafkan Mama Ya 🙏🙏 #mamalaris #papalaris #datinshahidadherbs #terlajaklaris #dherbsaffiliate #dherbsonline #alifsyukriterlajaklaris #dherbsterlajaklaris #datinshahida #begalifsyukri

♬ original sound – Daya Affilliate Mall – Daya Affilliate Mall

Sebelum ini, Fattah ketika ditemui menepis dakwaan bakal berkahwin dengan Amira pada 25 Mei ini setelah heboh di media sosial.

Artikel Berkaitan: Bakal Berkahwin Dengan Amira Othman Pada 25.5.25? Fattah Amin Nafi Khabar Angin

Scroll to Top